We Kongsi Scam?? BUKAN Syarikat Insuran

We Kongsi Scam?? BUKAN Syarikat Insuran

We Kongsi ini BUKAN merupakan syarikat insuran ataupun takaful. We Kongsi adalah merupakan SEBUAH PROGRAM KEAHLIAN yang membentuk komuniti yang bersama – sama bersetuju untuk berkongsi perbelanjaan perubatan yang diperlukan oleh setiap ahli We Kongsi pada setiap bulan.

Program Komuniti We Kongsi ini diuruskan oleh syarikat Kita Kongsi Sdn Bhd dengan kerjasama Third-Party Administrator (TPA), PMCare Sdn Bhd (PMCare).

PMCare menyediakan sokongan dalam pentadbiran keseluruhan proses hospitalisasi, termasuk pengurusan tuntutan dan pengawasan pendaftaran saringan kesihatan.

Medical TPA seperti PMCare adalah pihak perubatan profesional yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran untuk rancangan kesihatan yang ditanggung sendiri (self-funded) atau dalam kes We Kongsi ini, program perkongsian kos perubatan, bagi membantu dalam keseluruhan proses dari pendaftaran pesakit dan saringan sehingga hospitalisasi dan tuntutan.

Pada ketika ini, berikut adalah statistik keahlian dan jumlah perbelanjaan perubatan We Kongsi.

KENAPA ANDA PERLU WE KONGSI? Manfaat We Kongsi

Sebab utama anda memerlukan We Kongsi adalah kerana kos untuk mendapatkan rawatan kesihatan semakin meningkat ditambah pula kos medical card yang ditawarkan oleh syarikat insuran, adalah mahal dan turut semakin meningkat. Walaubagaimanapun, menerusi Program We Kongsi ini, anda boleh menerima manfaat di bawah ini dengan komitmen mampu milik tetapi perlindungan yang diberikan adalah persis Medical Card yang ada dipasaran.

BOLEH PERCAYA KE? Rakan Strategik We Kongsi

Sekali lagi, ingin saya tekankan di sini bahawa We Kongsi BUKAN merupakan syarikat insuran ataupun takaful. We Kongsi adalah merupakan SEBUAH PROGRAM KEAHLIAN yang membentuk komuniti yang bersama – sama bersetuju untuk berkongsi perbelanjaan perubatan yang diperlukan oleh setiap ahli We Kongsi pada setiap bulan.

Walaubagaimanapun, We Kongsi bukanlah bertindak bersendirian menguruskan kesemua perihal perbelanjaan perubatan ini sebaliknya We Kongsi bekerjasama dengan beberapa pihak antaranya:

 

1. Medical Third Party Administrator (TPA)

PMCare Sdn Bhd (PMCare) bertindak sebagai pihak yang akan menguruskan segala urusan berkaitan kemasukan ahli We Kongsi ke wad hospital, proses tuntutan bayaran kos bil perubatan dan sebagainya.

 

2. Pemegang Amanah Untuk Dana Perkongsian

Palladium Trustee Berhad bertindak untuk membantu menguruskan sumbangan perkongsian dan dana ahli dalam komuniti We Kongsi.  Palladium Trustee adalah penjaga amanah yang juga bertanggungjawab dalam menyediakan laporan berkala tentang operasi kewangan dan status aktuari Program.

 

3. Panel Penasihat Shariah

We Kongsi mengambil berat ketelusan program yang diusahakan dan dengan itu Afsha Shariah Advisory diambil sebagai panel penasihat shariah untuk menyediakan penyelesaian yang beretika, bertanggungjawab secara sosial, telus, dan selaras dengan prinsip Shariah.

Melalui kerjasama yang luas dan dengan bimbingan pakar dari cendekiawan Islam terkemuka, ahli We Kongsi dapat yakin bahawa Program We Kongsi ini diperuntukkan dan diatur mengikut prinsip-prinsip Shariah dan asas-asas agama Islam yang murni.

 

OK, SAYA BERMINAT... Berapa Nak Kena Bayar Untuk Join We Kongsi?

Jenis Yuran We Kongsi

Untuk mula aktif dalam Program Komuniti We Kongsi ini, terdapat 2 jenis bayaran yang perlu anda tahu iaitu:
  1. Yuran Keahlian We Kongsi
  2. Topup Akaun Sharing

Yuran Keahlian We Kongsi

Langkah pertama untuk menjadi ahli aktif Program Komuniti We Kongsi adalah dengan membuat bayaran keahlian SELEPAS anda mendaftar. Terdapat 3 jenis jadual pembayaran yang disediakan iaitu:

1) Bayaran Bulanan – RM40/bulan
– Anda WAJIB membuat bayaran sebanyak RM40 SETIAP BULAN untuk kekal aktif sebagai ahli We Kongsi.

2) Bayaran Suku Tahun – RM100/3 bulan
– Anda WAJIB membuat bayaran sebanyak RM100 SETIAP TIGA (3) BULAN untuk kekal aktif sebagai ahli We Kongsi. Pilihan bayaran ini memberi penjimatan sebanyak RM80/tahun berbanding jika anda membuat bayaran keahlian setiap bulan.

3) Bayaran Tahunan – RM360/tahun
– Anda WAJIB membuat bayaran sebanyak RM360 SETIAP TAHUN untuk kekal aktif sebagai ahli We Kongsi. Pilihan jenis bayaran ini memberi penjimatan sebanyak RM120/tahun berbanding jika anda membuat bayaran keahlian setiap bulan. Saya sendiri membuat bayaran secara tahunan untuk mendapat lebih penjimatan!

Topup Akaun Sharing

Langkah kedua setelah anda menjadi ahli We Kongsi selama 60 hari, maka sistem We Kongsi akan auto-debit pembayaran daripada akaun bank anda untuk topup kredit akaun sharing We Kongsi mengikut pakej keahlian sharing yang anda pilih sewaktu mendaftar:

1) Standard
– Topup standard bernilai RM100.00.

2) Deluxe
– Topup deluxe bernilai RM200.00

Apa sebenarnya tujuan topup akaun sharing ini?
Tujuannya adalah supaya ia dapat memudahkan proses “perkongsian” sumbangan bayaran bil perbelanjaan perubatan yang terlibat pada bulan – bulan tertentu.

Contohnya, jika anda memilih akaun Standard sebagai Akaun Sharing anda, maka pada hari ke 61 (selepas mendaftar sebagai ahli We Kongsi), sistem pembayaran yang digunakan oleh We Kongsi iaitu (Curlec), akan membuat potongan sebanyak RM100.00 daripada akaun bank anda.

RM100.00 ini akan dikreditkan ke dalam akaun Sharing We Kongsi anda.

Umpama anda topup kredit handphone anda. Konsep akaun sharing We Kongsi ini sama sahaja.

Kredit Akaun Sharing ini hanya akan digunakan selepas keahlian anda aktif selama 90 hari.

Maksudnya, selepas 90 hari, jika bulan tersebut ada kos bil perubatan yang perlu dikongsikan sesama ahli We Kongsi, maka nilai perkongsian bagi jumlah kos itu akan ditolak daripada kredit RM100.00 yang ada di dalam akaun sharing We Kongsi anda.

Maksimum sumbangan perkongsian yang akan ditolak daripada kredit akaun sharing anda adalah sebanyak RM50.00 sahaja setiap bulan.

Andaikata bulan seterusnya TIADA kos rawatan yang perlu dibayar, maka TIADA lah penolakan kredit akaun sharing We Kongsi anda.

Walaubagaimanapun, andaikata untuk bulan – bulan tertentu, nilai sumbangan perkongsian yang perlu dibuat adalah melebihi RM50, contohnya RM80.00, maka We Kongsi hanya akan membuat potongan maksima RM50.00 sahaja daripada kredit akaun sharing anda.

Baki RM30.00 akan dibawa ke bulan hadapan untuk pemotongan kredit akaun sharing anda yang seterusnya.

Minima BAKI akaun sharing anda haruslah melebihi RM50.00. Andaikata minima baki akaun sharing anda kurang atau sama dengan RM50.00, maka sistem We Kongsi secara automatik akan membuat penolakan sejumlah wang yang diperlukan daripada akaun bank anda untuk mencukupkan kredit akaun sharing anda mengikut nilai pakej akaun sharing yang dipilih, iaitu Standard (RM100) atau Deluxe (RM200).

Dengan cara ini, keahlian We Kongsi anda lebih mudah dijaga secara automatik dan sentiasa kekal aktif supaya andaikata terjadinya keperluan untuk anda mendapatkan rawatan di wad hospital, TPA We Kongsi dapat menguruskan proses pendaftaran kemasukan ke wad hospital dan tuntutan bayaran bil perubatan anda tanpa sebarang masalah.

BETUL KE MURAH? Ada Bulan Yang Tidak Perlu Bayar Pun!

Mungkin anda tertanya-tanya, betul ke mampu milik @ murah komitmen untuk mendapatkan perlindungan kesihatan ini?

Secara jujurnya bagi saya, YA, We Kongsi menawarkan peluang yang sangat murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan kesihatan yang sebelum ini mungkin hanya mampu tengok saja!

Dengan kadar yuran keahlian serendah RM30 (jika anda buat bayaran tahunan) iaitu serendah RM1 sehari, dan andaikata untuk bulan – bulan tertentu, tiada perkongsian bil perbelanjaan perubatan yang diperlukan, maka RM30 itu lah saja kos perlindungan anda.

Maksima kos perlindungan yang “mungkin” dikenakan adalah RM40 (yuran keahlian jika bayar bulan) + RM50 (maksima perkongsian bulanan) iaitu bersamaan RM90.00 / bulan sahaja.

Namun BUKAN setiap bulan anda terpaksa membayar RM90.00. Hanya bulan – bulan tertentu sahaja dan dalam rekod We Kongsi daripada Mei 2023 sehingga Dis 2023, baru SEKALI sahaja amaun perkongsian RM50.00 / bulan perlu dibuat.

Tak percaya?

Lihat screenshot dibawah:

Jika anda perhatikan pada bulan Mei, Jun dan Ogos, TIADA sebarang komitmen sumbangan atau perkongsian bayaran bil yang perlu dibuat kerana bulan – bulan tersebut TIADA orang sakit.

Alhamdulillah!

Ini yang kita mahukan. Penjimatan. Tak perlu nak bayar @ buat sumbangan JIKA tiada kes perubatan.

Hanya pada bulan September sahaja sumbangan maksima RM50.00 yang perlu dilakukan. Ini pun dipotong daripada nilai topup akaun sharing yang telahpun dibuat selepas hari ke 60 selepas pembayaran pendaftaran keahlian We Kongsi.

Bulan Julai, hanya RM2.00 sahaja sumbangan perkongsian bil perbelanjaan rawatan yang perlu disumbangkan.

 

Jadi pada pandangan anda, bagaimana We Kongsi ini?

Sangat menjimatkan bukan?

DAH BERSEDIA? Daftar We Kongsi Sekarang Sebelum Terlambat!

Jangan tunggu anda sakit baru ingin mendapatkan We Kongsi.

Waktu itu mungkin agak terlambat.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Jom sertai saya di Komuniti We Kongsi ini supaya kita sama – sama menerima manfaat perlindungan kesihatan yang cukup murah namun setaraf dengan perlindungan kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat – syarikat insuran yang ada di pasaran.

Lagi cepat anda mendaftar, lagi cepat perlindungan yang bakal anda terima.

Jumpa anda di dalam komuniti We Kongsi!

ADA KEMUSYKILAN? Soalan Lazim (F.A.Q)

We Kongsi adalah merupakan Program Komuniti yang diwujudkan oleh syarikat Kita Kongsi Sdn Bhd.

Setiap ahli yang menyertai program komuniti ini akan bersama – sama berkongsi (crowd-funding) Kos Perubatan sesama ahli untuk mendapatkan manfaat penjagaan kesihatan yang lebih berpatutan dan berkesan TANPA had dan kos yang terdapat dalam insurans kesihatan tradisional.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 14 hari sehingga 45 Tahun
  3. Status sihat tubuh badan tanpa sebarang penyakit kronik/kritikal

Wekongsi bukan takaful/insurans tetapi merupakan platform perkongsian kos perubatan hospital dengan PMCare Sdn Bhd (PMCare) sebagai Third Party Administration (TPA).

Nota: Sebelum 1 Februari 2024, TPA We Kongsi adalah MiyaCare Sdn Bhd namun bermula pada 1 Februari 2024, We Kongsi memperkenalkan TPA baru iaitu PMCare Sdn Bhd

Ya, panel penasihat Shariah WeKongsi ialah Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd.

Insurance dan takaful cover under PIDM , WeKongsi Tak perlu . Kenapa ?

  1. Dalam takaful dan insurance, setiap tuntutan mereka ditanggung oleh syarikat mereka .
  2. Syarikat takaful dan insurance mereka ambil yuran / premium client mereka buat pelaburan , apabila pelaburan confirm ada risiko .

Sebab 2 point utama di atas tu, takaful dan insurance kena register under PIDM . Terbalik dengan WeKongsi tak perlu register PIDM. Sebab di WeKongsi

  1. Setiap tuntutan bukan company WeKongsi yang tanggung , tapi ditanggung oleh semua sharer / member .
  2. WeKongsi tidak ada apa-apa pelaburan dalam plan ni.

Terdapat lebih 200 buah panel hospital kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. Senarai panel hospital ini adalah berdasarkan senarai yang ada pada TPA We Kongsi iaitu PMCare Sdn Bhd.

Room and Board bagi pakej Standard ialah RM150/hari, manakala pakej Deluxe ialah RM250/hari

Beza pada jumlah Sharing Account dan manfaat. Pakej Standard, jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam Sharing Account adalah RM100. Manakala Pakej Deluxe ialah RM200.

Untuk Pakej Deluxe ada tambahan manfaat berbanding Standard, seperti bilik RM250/hari, pre-hospital diagnosis, dan bayaran kos ambulan as per charge.

Jumlah perkongsian bulanan bagi kedua-dua pakej adalah sama.

Tujuan diwujudkan Pakej Deluxe ialah supaya tempoh masa untuk perlu topup Sharing Account lebih lama.

WeKongsi tidak menyediakan dokumen polisi bagi setiap individu, sebaliknya setiap ahli tertakluk kepada Program Guidelines.

Anda boleh download Program Guidelines di https://app.wekongsi.com/pdf/program.pdf

Jika pernah ada penyakit, simpton penyakit atau pernah menerima rawatan penyakit, peserta hendaklah ‘declare’ semasa menjawab soalan saringan kesihatan.

Peserta yang berstatus ‘Probation’ akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya.

Terdapat 2 perkara perlu dibayar apabila ingin menyertai We Kongsi.

  1. Yuran Keahlian We Kongsi (RM40/bulan  ATAU RM100/Suku Tahun ATAU RM360/Tahun).
  2. Bayaran perkongsian bulanan (Sharer Account). Namun kos perkongsian ini HANYA perlu dibayar selepas hari ke-90 selepas pendaftaran DAN apabila ada kes rawatan untuk bulan terlibat sahaja. MAKSIMUM bayaran adalah RM50.00 yang mana amaun ini akan ditolak daripada duit deposit Pelan (Standard atau Deluxe).  Deposit perlu dibuat secara e-Mandate (auto debit) pada hari ke-60 selepas pendaftaran ahli We Kongsi.

Terdapat 3 mode pembayaran untuk yuran keahlian WeKongsi seperti berikut;

a. Secara bulanan – RM40/bulan (total RM480)

b. Secara suku tahunan – RM100/suku tahun (total RM400)

c. Secara tahunan – RM360/tahun

Anda boleh memilih mode bayaran mengikut kesesuaian sendiri.

Perkongsian bulanan ialah untuk menanggung kos bil hospital ahli 100%. Manakala yuran tahunan diperlukan untuk menampung kos operasi seperti sistem IT, marketing, staff, bayaran kepada third party dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dengan kedua-dua bayaran ini, kos keseluruhan penyertaan ahli WeKongsi masih lebih murah berbanding harga pasaran.

Wekongsi sentiasa menggalakkan ahlinya menggunakan plan takaful/insuran terlebih dahulu, dan Wekongsi bersedia menampung caj lebihan yang tidak dibayar oleh syarikat takaful/insuran (seperti amaun deductible atau ko-takaful)

Cara ini dapat membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh komuniti Wekongsi.