Potensi Pendapatan We Kongsi

Komisen We Kongsi

Pendapatan di dalam kerjaya WeKongsi ini adalah dalam bentuk pendapatan pasif. Pendapatan ejen WeKongsi bukan dari penolakkan akaun tabung sharing account ya. Tetapi dari pembayaran yuran keahlian ahli ketika mereka mendaftarkan diri untuk menerima manfaat perlindungan kesihatan yang ditawarkan oleh program We Kongsi. Anda masih ingat yang anda perlu membayar yuran keahlian dalam 3 kaedah pembayaran samada secara bulanan, setiap quarter bulan atau setahun sekali. Bayaran inilah yang akan digunakan untuk membayar komisen anda sebagai agent di dalam program We Kongsi ini. 

Membership Fee (Yuran Keahlian)

  • RM40 untuk bulanan
  • Atau RM100 setiap suku bulan
  • Atau RM360 untuk setahun

Ketika anda mahu mendapatkan akses kepada medical card WeKongsi, anda perlu membayar yuran keahlian. Untuk lebih jimat anda bayar terus setahun bersamaan dengan RM360. Kalau kekurangan modal, anda boleh bayar secara setiap kuarter (quarter/suku bulan) iaitu setiap 3 bulan sebanyak RM100. Kalau betul tidak ada bajet, anda boleh pilih bayar RM40 setiap bulan. Yuran keahlian ini anda kena bayar SETIAP TAHUN ya. Ini adalah pembayaran bagi kos operasi pihak We Kongsi itu sendiri. 


Berapa, Cara Kira & Struktur Komisen We Kongsi

Jadi macam mana kiraan dan berapa jumlah komisen yang setiap agent WeKongsi dapat? Sila lihat gambar kedua di bawah ini. Ini adalah asas komisen pendapatan oleh agent dalam program WeKongsi ini.


Contoh Kiraan Komisen Agent WeKongsi

  • Katakan Ali berjaya membawa seramai 100 orang untuk mendaftar dan menggunakan medical card We Kongsi
  • Dan kesemua 100 orang ini adalah downline kepada Ali sebagai LEVEL 1
  • Komisen yang Ali dapat dari ahli downline pada Level 1 adalah sebanyak 25%
  • Dan ke semua 100 orang ini memilih untuk mendaftar yuran keahlian (membership fee) secara bulanan iaitu RM40
  • Maka komisen Ali adalah RM40 x 100 orang x 25% = RM1000
  • Jika ke semua ahli ini membuat bayaran RM40 setiap bulan, maka komisen Ali sebagai agent WeKongsi adalah sebanyak RM1000 setiap bulan

TETAPI anda kena ingat ya. Komisen yang anda dapat adalah mengikut pakej membership apa yang downline anda ambil. Kiraan di atas ini adalah untuk kes downline yang melanggan pakej membership fee secara bulanan. Maka setiap bulanlah anda akan dapat komisen We Kongsi. Kalau downline anda pilih pakej quarter, maka komisen anda dapat pun akan setiap quarter juga. Kalau mereka pilih bayar secara yearly, maka komisen WeKongsi anda pun hanya akan dapat setiap tahun. 

Sebagai agent WeKongsi, kita akan diletakkan dalam senarai RANK. Ada Referrer, Guider, Leader dan juga Inspirer. Bagi saya secara peribadi, ranking ranking ini saya tidak berapa kisah pun. Ianya hanya pangkat sahaja. Dan yang lebih penting adalah KPI itu sendiri. Apa itu KPI. KPI adalah key performance index. Ianya adalah syarat yang diletakkan bagi melayakkan anda menerima apa apa bonus, insentif dan juga komisen.

Kalau anda lihat gambar di atas , hanya ahli downline di level 1 sahaja yang tiada apa apa KPI. Dengan kata lain, jika anda berjaya mencari seramai 100 orang ahli yang mendaftar secara terus direct di bawah anda. Maka 100 orang ini adalah downline level 1 kepada anda dan anda layak menerima komisen We Kongsi tanpa apa apa syarat.

Untuk anda layak mendapat komisen pada ahli downline level 2 anda. KPI nya adalah, downline anda pada level 2 ini mestilah mendapatkan 5 direct sales. Maksudnya downline anda pada level 2 ini berjaya mendaftarkan seramai 5 orang ahli baru untuk menggunakan medical card WeKongsi ini. Jelas? Faham? Kalau anda faham, maknanya anda akan faham bagaimana cara kira kira komisen pada level level yang seterusnya. Komisen untuk agent We Kongsi akan dibayar pada setiap 15 hari bulan!


Struktur dan jenis komisen We Kongsi yang saya kongsikan di atas ini adalah dari jenis komisen yang tetap. Maksudnya sampai bila bila tidak akan ada apa apa perubahan besar kecuali pihak syarikat sendiri mahu membuat penukaran. Dan dalam masa yang sama, pihak syarikat juga aktif di dalam group agent dengan menawarkan special bonus insentif yang lain kepada ahli yang berjaya mendapatkan sales dengan target tertentu. Biasanya tawaran ini khas kepada promo untuk musim dan bulan tertentu. Kepada yang berminat, jom daftar jadi agent WeKongsi melalui link di bawah: