Kerjaya & Perlindungan
Apa Jadi Kalau Berhenti Kerja? Polisi i-Lindung KWSP Batal Ke Tak?
Oleh Abang Insuran
Soalan cepumas hari ni: “Bang, kalau saya berhenti kerja (resign) atau kena buang kerja, apa jadi dengan polisi i-Lindung yang saya ambil guna KWSP tu? Terbatal automatik ke?”
Jawapan ringkasnya: TIDAK BATAL. Anda masih dilindungi sepenuhnya.
Tapi, ramai yang masih keliru sebab dah terbiasa dengan “Insuran Company” (Group Insurance). Bila resign je, kad medikal kena pulang, coverage pun ‘bye-bye’.
Jom Abang jelaskan kenapa i-Lindung ni lain macam sikit.
Artikel ini untuk mereka yang dah ada i-Lindung atau nak faham konsepnya. Kalau Boss baru nak belajar cara mohon, pergi baca kitab rujukan kami dulu:
👉 Panduan Lengkap KWSP i-Lindung (Mula Di Sini)
i-Lindung: Polisi Individu, Bukan Company
Boss kena faham konsep ni: i-Lindung adalah Hak Milik Peribadi (Personal Plan).
Walaupun bayaran dibuat menggunakan KWSP (yang carumannya datang dari gaji kerja), sebaik sahaja duit tu ditolak dari Akaun 2 dan masuk ke syarikat Takaful (contohnya FWD), polisi itu adalah 100% milik Boss.
Majikan Boss takde kaitan langsung. Boss nak berhenti kerja ke, nak pencen ke, nak jadi freelancer ke, polisi tu tetap berjalan.
Konsep “Bayar Depan” (Upfront Payment)
Satu lagi sebab kenapa ia tak batal adalah kerana i-Lindung dibayar secara Tahunan (Yearly).
Contohnya:
- Boss ambil FWD Takaful pada 1 Januari 2025.
- KWSP tolak RM50 dari Akaun 2 untuk cover setahun.
- Boss berhenti kerja pada 1 Jun 2025.
Adakah coverage mati? Tak! Boss masih dilindungi sampai 31 Disember 2025 sebab Boss dah bayar penuh (lump sum) masa awal tahun tu.
Analogy: Kereta Company vs Kereta Sendiri
Insuran Company = Kereta Syarikat.
Selagi Boss kerja situ, Boss boleh pandu. Hari Boss letak surat resign, Boss kena pulang kunci kereta. Boss balik jalan kaki.
i-Lindung (FWD) = Kereta Sendiri.
Boss beli guna duit simpanan Boss (Akaun 2). Boss berhenti kerja 10 kali pun, kereta tu tetap Boss punya. Boleh bawak ke mana-mana.
Kenapa Bahaya Harap Insuran Company Je?
Inilah silap besar ramai orang kita. Diorang rasa “Company aku dah cover power gila, buat apa beli takaful sendiri?”
Masalahnya, penyakit kritikal tak kenal masa. Bayangkan situasi ni:
- Boss disahkan sakit kronik (nauzubillah).
- Sebab sakit selalu MC, prestasi kerja merosot atau company “terminate” atas alasan kesihatan (Medical Board out).
- Bila Boss diberhentikan, Medical Card company pun MATI.
- Masa ni baru nak cari takaful sendiri? Dah terlambat. Takde syarikat insuran nak terima orang yang dah sakit.
Sebab tu, plan i-Lindung (macam FWD Penyakit Kritikal) tu penting sebagai “Safety Net” yang tak bergantung pada majikan.
Macam Mana Nak Renew Kalau Dah Tak Kerja?
“Bang, kalau tahun depan saya dah tak kerja, KWSP pun tak masuk, macam mana nak renew?”
Selagi baki dalam Akaun 2 (Akaun Sejahtera) Boss masih ada duit, Boss boleh renew macam biasa dalam i-Akaun. Tak perlu ada caruman baru masuk pun takpe, asalkan baki lama mencukupi.
Kesimpulan: “Portable Protection”
Dalam ekonomi sekarang, kerja tak menentu (Gig Economy). Jadi, perlindungan Boss pun kena fleksibel.
Pilih plan dalam i-Lindung (Abang rekomen FWD Takaful sebab mudah urus dalam app) sebagai benteng pertahanan terakhir Boss. Biar hilang kerja, jangan hilang perlindungan.
Nak Cari Plan “Backup” Paling Murah?
Jangan tunggu surat layang dari HR baru nak menggelabah. Jom setup plan FWD guna Akaun 2 sekarang. WhatsApp Abang, kita setelkan secepat kilat.
🛡️ Lindungi Diri (Personal Plan)
Consult Percuma. Abang belanja nasihat je.
