Cara Renew Roadtax & Insurans Online (2025) – Mudah & Selamat
Zaman sekarang, tak payah susah-susah nak beratur panjang dekat JPJ atau pejabat pos. Semua boleh buat secara online, siap hantar terus ke rumah!
Jom tengok langkah demi langkah cara renew insurans & roadtax online yang dijamin selamat, sah & cepat untuk tahun 2025.
Langkah 1: Semak Tarikh Tamat
Pastikan anda tahu tarikh luput insurans dan roadtax kereta anda. Biasanya sama tarikh, tapi double check dekat:
- Geran kereta
- E-mel tahun lepas
- Portal MyJPJ
Langkah 2: Sediakan Maklumat Kenderaan
Sebelum mula renew, sediakan maklumat berikut:
- Nombor plat kenderaan
- Jenis kenderaan (contoh: Perodua Axia 1.0 SE 2020)
- Tahun pendaftaran
- No. kad pengenalan pemilik
- NCD (No Claim Discount)
Langkah 3: Dapatkan Sebut Harga Insurans
Anda boleh semak sebut harga daripada beberapa penyedia insurans/takaful. Contoh:
- Etiqa Takaful
- Zurich Takaful
- Tune Protect
- Takaful Ikhlas
Bandingkan dari segi:
- Harga (premium)
- Perlindungan tambahan (windscreen, banjir, kemalangan diri)
- Panel bengkel
Langkah 4: Pilih & Bayar Secara Online
Setelah pilih insurans yang sesuai, teruskan pembayaran secara FPX (online banking) atau kad debit/kredit.
Anda juga boleh renew sekali dengan roadtax secara terus.
Langkah 5: Terima E-Policy & Roadtax
- Polisi insurans akan dihantar ke emel anda dalam bentuk PDF
- Roadtax akan dipos ke alamat rumah (jika pilih delivery)
- Atau boleh juga ambil sendiri di kiosk/pejabat agen
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Selamat ke renew online?
✅ Ya. Selagi anda guna platform rasmi atau agen sah, ia 100% selamat.
Q: Perlu cetak policy ke?
✔️ Tak wajib, tapi digalakkan simpan salinan digital untuk rujukan bila perlu.
Q: Bila boleh renew?
🕒 2 bulan sebelum tarikh tamat insurans pun dah boleh renew.
✅ Nak Renew Terus? Klik Sini
Tak nak pening kepala? Renew insurans & roadtax anda sekarang!
➡ Renew Sekarang di abanginsuran.com
