Roadtax Mati Tapi Tak Cukup Cash? Ini Cara Renew Roadtax & Insuran Guna SPayLater
Oleh: Abang Insuran | Pakar Roadtax & Insuran Anda
Kita semua pernah alami situasi ini: Sedar-sedar roadtax dah tamat tempoh, tapi bajet tengah “ngam-ngam” atau banyak komitmen lain. Nak memandu pun rasa risau kena tahan dengan JPJ. Jangan panik, sekarang ada cara renew roadtax guna SPayLater yang sangat mudah!
Di Abanginsuran.com, kami bukan sahaja bantu anda renew insuran secara ansuran, malah kami selesaikan roadtax anda sekali gus. Bayar bulan-bulan, roadtax pun sah!
📲 WhatsApp Abang Insuran: 013-3808048
Kelebihan Renew Roadtax Sekali Insuran via SPayLater
Kenapa anda patut pilih mod pembayaran flexible ini untuk roadtax anda?
- Gabungkan Jumlah: Jumlah insurans + roadtax + cas servis digabungkan dan dibahagi kepada ansuran 3, 6, atau 12 bulan.
- Proses Digital: Tak perlu beratur di Pejabat Pos atau JPJ. Segalanya dihujung jari.
- Penghantaran Pantas: Roadtax fizikal (jika perlu) atau status roadtax digital dikemas kini terus dalam sistem MyJPJ.
- Bajet Terkawal: Anda tahu komitmen bulanan anda, contohnya hanya RM40 sebulan untuk setelkan semua.
Langkah-Langkah Renew Roadtax Guna SPayLater
Ikuti langkah mudah ini untuk mengelakkan saman:
- Hantar gambar geran atau info kenderaan ke WhatsApp 013-3808048.
- Pilih syarikat insurans yang anda mahu dan minta untuk renew roadtax sekali.
- Terima pautan (link) pembayaran dan pilih ShopeePay / SPayLater.
- Pilih tempoh ansuran yang sesuai dengan bajet anda.
- Tunggu roadtax dikemas kini. Jika anda mahu roadtax fizikal, kami akan poskan terus!
Peringatan Penting: Memandu dengan roadtax mati boleh menyebabkan anda didenda sehingga RM3,000 dan kenderaan boleh disita. Dengan adanya insuran motosikal, kereta, lori dengan mod pembayaran flexible SPayLater, tiada lagi alasan untuk anda bertangguh!
