Cara Kira Nilai Hibah Yang Mencukupi Untuk Isteri: Guna Formula 10 Tahun Gaji
Salah satu soalan yang paling kerap ditanya kepada saya di Abang Insuran ialah, “Abang, kalau saya nak buat hibah, berapa jumlah pampasan yang patut saya ambil untuk isteri saya?”
Ramai suami sekadar mengambil nilai RM50,000 atau RM100,000 tanpa pengiraan yang betul. Hakikatnya, nilai tersebut mungkin habis dalam masa setahun sahaja jika mengambil kira hutang dan kos sara hidup sekarang. Jadi, bagaimana cara kira nilai hibah yang tepat?
Kenapa Anda Perlu Kira Nilai Hibah Dengan Betul?
Hibah bukan sekadar “duit saguhati”. Fungsi utama hibah adalah sebagai Income Replacement (Pengganti Pendapatan). Apabila suami meninggal dunia, pendapatan bulanan keluarga hilang serta-merta. Isteri perlukan satu jumlah besar yang boleh “bekerja” untuknya bagi menggantikan gaji anda.
Formula 10 Tahun Gaji (Standard Industri)
Pakar kewangan mencadangkan supaya anda mempunyai nilai hibah sekurang-kurangnya 10 kali ganda pendapatan tahunan anda. Kenapa 10 tahun? Kerana tempoh ini mencukupi untuk isteri bertenang, melangsaikan hutang mendesak, dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru tanpa anda.
Contoh Pengiraan:
Gaji Sebulan: RM5,000
Gaji Setahun: RM5,000 x 12 bulan = RM60,000
Nilai Hibah Ideal: RM60,000 x 10 Tahun = RM600,000
Dengan RM600,000, jika isteri letakkan dalam instrumen yang memberikan dividen 5% setahun, isteri anda akan mendapat RM30,000 setahun (RM2,500 sebulan) tanpa menyentuh duit pokok tersebut.
Faktor Lain Dalam Pengiraan Hibah
Selain gaji, anda juga perlu mengambil kira kos-kos ini:
- Hutang Bertempoh: Hutang peribadi, kad kredit, atau tunggakan rumah yang tidak dilindungi MRTT.
- Kos Pendidikan Anak: Tabung pendidikan sehingga mereka habis belajar.
- Kos Urusan Pusaka: Yuran guaman untuk mencairkan aset lain (Faraid).
Jika anda rasa pengiraan ini rumit, anda boleh rujuk kembali panduan lengkap cara buat hibah untuk faham proses seterusnya.
Adakah Nilai Ini Mahal Bulanan?
Tidak semestinya. Untuk seorang lelaki berusia 30-an yang tidak merokok, nilai hibah RM500,000 mungkin hanya berharga sekitar RM100 – RM150 sebulan. Ia adalah pengorbanan kecil berbanding penderitaan kewangan yang mungkin dihadapi isteri jika anda tiada.
Biar Kami Bantu Kira Untuk Anda!
Setiap keluarga mempunyai keperluan berbeza. Jangan biarkan isteri anda “kurang perlindungan” (under-insured).
Dapatkan Quotation Hibah mengikut bajet dan gaji anda sekarang:
WhatsApp Abang Insuran: 013-380 8048
