Berapa Juta Isteri Anda Perlu? Ini Formula Kira Nilai Ganti Gaji (Income Replacement)
Ramai suami yang datang berjumpa Abang Insuran berasa bangga kerana sudah ada polisi pampasan RM50,000. Namun, bila kita buat matematik mudah, mereka mula sedar bahawa jumlah itu hanya cukup untuk “bayar hutang” tapi tak cukup untuk “teruskan hidup”.
Persoalannya: Jika anda tiada hari ini, berapa nilai yang isteri anda perlukan untuk membesarkan anak-anak sehingga mereka tamat belajar? Mari kita gunakan formula Income Replacement yang betul.
Formula 1: Ganti Gaji Minimum (10 Tahun)
Pakar kewangan menyarankan anda menyediakan sekurang-kurangnya 120 bulan (10 tahun) gaji anda sebagai pampasan tunai. Kenapa 10 tahun? Kerana itu adalah tempoh purata untuk isteri menyesuaikan diri dan anak-anak membesar.
Gaji Bulanan x 12 Bulan x 10 Tahun = Nilai Income Replacement
Contoh: Gaji anda RM4,000 sebulan.
- RM4,000 x 120 Bulan = RM480,000
Jika pampasan anda bawah RM480k, bermakna isteri anda mungkin terpaksa bekerja lebih keras atau menanggung hutang selepas anda tiada.
Formula 2: “The Millionaire Rule” (Dividen Strategy)
Ini adalah tahap “Pro”. Anda sediakan satu jumlah besar yang jika diletakkan dalam instrumen seperti ASB atau Tabung Haji (dividen purata 5%), dividen tahunan itu bersamaan dengan gaji anda sekarang.
Gaji Tahunan / 0.05 (Dividen 5%) = Dana Kekal
Contoh: Gaji RM4,000 sebulan (RM48,000 setahun).
- RM48,000 / 0.05 = RM960,000
Dengan pampasan hampir RM1 Juta ini, isteri anda tak perlu usik duit pokok. Dia hanya guna dividen bulanan untuk belanja dapur. Inilah cara sebenar “menghidupkan” gaji anda selamanya!
Di Mana Nak Cari Duit Sebanyak Itu?
Anda tidak perlu simpan RM1 Juta dalam bank hari ini. Itulah fungsinya Pelan Hibah Takaful. Anda hanya bayar serendah RM100-RM200 sebulan, tetapi syarikat Takaful sudah “standby” kan RM500k atau RM1 Juta untuk keluarga anda.
Fahami juga kepentingan apa itu income replacement sebelum anda mula melanggan mana-mana pelan.
Dapatkan Kiraan “Gaji Ganti” Anda Secara Percuma
Jangan biarkan keluarga anda hidup dalam ketidaktentuan. Biar Abang Insuran bantu kirakan nilai perlindungan yang tepat mengikut komitmen dan hutang anda sekarang.
