Cara Daftar PruBSN Warisan Online: 5 Langkah Mudah Bersama Abang Insuran

Cara Daftar PruBSN Warisan Secara Online: 5 Langkah Mudah Untuk Lindungi Keluarga Anda

Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Ramai yang bertanya kepada saya di abanginsuran.com, “Abang Insuran, saya sibuk bekerja, boleh ke saya daftar Hibah Takaful tanpa perlu keluar rumah?”

Jawapannya: YA, SANGAT BOLEH! Dengan teknologi e-proposal PruBSN, proses pendaftaran kini lebih pantas, selamat, dan mesra pengguna. Anda boleh miliki perlindungan PruBSN Warisan sepantas 15 minit sahaja.


Kenapa Daftar Online Lebih Mudah?

  • Jimat Masa: Tidak perlu redah jem untuk berjumpa agen di kedai mamak.
  • Paperless: Semua dokumen dihantar secara digital ke emel anda.
  • Sokongan Terus: Walaupun daftar online, saya (Abang Insuran) tetap akan menjadi agen pembimbing anda sepanjang tempoh sijil aktif.

5 Langkah Mudah Daftar PruBSN Warisan (Hibah)

Langkah 1: Dapatkan Quotation Percuma

Langkah pertama adalah mendapatkan sebut harga mengikut bajet anda. Anda hanya perlu beritahu saya umur, status merokok, dan berapa pampasan (Hibah) yang anda mahukan.

Langkah 2: Semakan Kelayakan & Penyakit

Saya akan bantu anda buat semakan ringkas. Untuk pelan PruBSN Warisan, selalunya tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan (tertakluk kepada had tertentu).

Langkah 3: Pengisian Maklumat Peribadi (E-Proposal)

Saya akan hantarkan link atau borang digital untuk anda isi maklumat diri dan penama (penerima Hibah). Pastikan maklumat penama tepat supaya urusan tuntutan waris mudah di masa depan.

Langkah 4: Pengesahan & Tanda Tangan Digital

Anda hanya perlu buat pengesahan melalui SMS OTP atau aplikasi rasmi. Semuanya sah di sisi undang-undang dan selamat.

Langkah 5: Pembayaran Caruman Pertama

Buat pembayaran caruman pertama melalui perbankan internet (FPX) atau kad kredit. Sijil anda akan diproses dan biasanya diluluskan dalam masa 24-48 jam!


Apa Dokumen Yang Perlu Anda Sediakan?

Hanya 2 dokumen utama:

  1. Gambar Kad Pengenalan (Depan & Belakang).
  2. Maklumat akaun bank untuk tujuan bayaran balik atau tuntutan kelak.

Daftar Sekarang Bersama Abang Insuran!

Jangan tunggu esok, kerana musibah tidak memberi salam. Saya sedia membantu anda uruskan pendaftaran dari awal hingga selesai secara online.

Daftar Sekarang: 013-3808048

Layari: abanginsuran.com

“Urusan anda, tanggungjawab saya.” – Abang Insuran.