MLTT vs MRTT 2026: Mana Satu Pilihan Bijak Untuk Pembeli Rumah?

MLTT vs MRTT 2026: Mana Satu Pilihan Bijak Untuk Pembeli Rumah?

Tahniah! Akhirnya kunci rumah impian dah dalam tangan. Tapi sebelum kau happy sangat, bank mesti ada tanya pasal satu benda ni: Insurans Rumah.

Biasanya bank akan “pujuk” kau ambil MRTT (Mortgage Reduced Term Takaful) sekali dalam loan. Tapi, pernah tak kau dengar pasal MLTT (Mortgage Level Term Takaful)? Ramai yang terlepas pandang, padahal beza dia boleh buat waris kau menangis syukur atau menangis kempis poket kalau jadi apa-apa.

Apa Beza Besar MRTT vs MLTT? (Jangan Sampai Silap Pilih!)

Jom kita pecahkan dalam bahasa paling senang faham. Tak payah istilah pening-pening.

1. Jumlah Perlindungan (Sum Assured)

  • MRTT: Nilai perlindungan dia makin lama makin MENGECIL ikut baki hutang bank. Kalau hutang tinggal RM100k, dia cover RM100k je.
  • MLTT: Nilai perlindungan dia TETAP (LEVEL) dari hari pertama sampai habis tempoh. Kalau kau ambil RM500k, sampai ke sudah dia cover RM500k.

2. Siapa Dapat Duit Payout?

  • MRTT: Bank yang dapat. Waris cuma dapat rumah yang dah settle hutang. Tapi poket waris? Kosong.
  • MLTT: Bank dapat settle hutang rumah, LEBIHAN CASH akan masuk terus ke tangan waris (Hibah). Ini beza paling “seksi” MLTT!

3. Fleksibiliti (Portability)

Ini poin paling penting untuk Property Investor. MRTT ni “melekat” kat satu rumah je. Kalau kau jual rumah tu atau refinance, MRTT tu burn macam tu je. Tapi MLTT boleh dibawa ke mana-mana. Jual rumah A, beli rumah B, polisi yang sama tetap jalan. Jimat kos!

🔥 KL Hype Tips: Kenapa MLTT Menang Besar?

Bayangkan kau ambil MLTT RM500k. Selepas 10 tahun, hutang bank tinggal RM300k. Kalau berlaku musibah (Meninggal/TPD), RM300k settle hutang bank, lagi RM200k CASH waris kau dapat buat modal pusingan hidup. Kalau ambil MRTT? Waris dapat rumah, tapi kena fikir macam mana nak bayar bil api, air, dan sekolah anak.

Boleh Ke Bayar Bulanan?

Ini lagi satu kelebihan. MRTT biasanya kena bayar lump sum (sekali harung) yang selalunya bank akan masuk dalam loan. Maksudnya? Kau bayar interest atas insurans tu! Aduhai…

Dengan MLTT, kau ada pilihan untuk bayar secara ansuran bulanan. Lebih ringan, lebih flexible untuk cashflow bulanan kau. Malah sekarang, ada pelbagai sistem bayaran mudah yang boleh kau guna untuk pastikan polisi tak lapsed.

Kesimpulan: Mana Yang Sesuai Untuk Kau?

Ambil MRTT kalau kau cuma nak bajet paling murah dan tak kisah pasal cash payout untuk waris. Tapi kalau kau nak perlindungan total, nak waris ada duit belanja, dan nak insurans yang boleh follow kau sampai bila-bila, MLTT adalah jawapannya.

Nak Tahu Kiraan MLTT Untuk Rumah Anda?

Jangan main agak-agak. Biar Abang Insuran bantu kirakan plan MLTT yang paling “ngam” dengan bajet dan harga rumah kau.

Layari: abanginsuran.com


WhatsApp Abang Insuran: 0133808048