Apa Jadi Pada Syarikat Jika Pengarah Meninggal Dunia? Kenapa Cash Flow Boleh Lumpuh Serta-merta.
Ramai pemilik bisnes SME di Malaysia ingat, kalau mereka tak ada, bisnes boleh jalan macam biasa. “Kan ada staff? Kan ada partner?” Tapi realitinya tak seindah drama pukul 7, Boss.
Bila seorang pengarah atau pemegang saham utama meninggal dunia, bukan saja legasi terancam, tapi akaun bank syarikat pun boleh “beku” kalau tak ada perancangan awal. Jom Abang Insuran ceritakan apa risiko sebenar yang menanti.
3 Risiko Utama Bila “Captain” Syarikat Tiada
1. Akaun Bank & Kemudahan Kredit Tergugat
Kalau pengarah tersebut adalah penjamin (guarantor) untuk loan syarikat, pihak bank ada hak untuk mengkaji semula kemudahan kredit tersebut. Malah, proses menukar tandatangan rasmi (authorized signatory) boleh memakan masa yang lama, menyebabkan gaji staff dan bayaran supplier tersangkut.
2. Perebutan Kuasa & Saham
Tanpa Buy-Sell Agreement yang disokong oleh insurans, saham si mati akan jatuh kepada waris. Bayangkan jika waris tak minat bisnes tapi nak cash cepat? Mereka mungkin jual saham pada orang luar atau menuntut bahagian yang syarikat tak mampu bayar tunai.
3. Kehilangan Keyakinan Pelanggan & Supplier
Supplier mungkin tarik balik term kredit sebab mereka takut syarikat tak mampu bayar. Pelanggan besar pula mula cari vendor lain sebab risau pasal continuity projek mereka.
Bagaimana Keyman Insurance Menyelamatkan Keadaan?
Di sinilah fungsi Keyman Insurance bertindak sebagai penyelamat. Dengan pampasan tunai yang masuk terus ke akaun syarikat, anda boleh:
- Membayar hutang bank serta-merta tanpa mengusik modal pusingan.
- Membeli semula saham daripada waris (bersama dokumen legal yang betul).
- Memberi keyakinan kepada pihak luar bahawa syarikat masih mempunyai “napas” kewangan yang kuat.
Ingat, rancang sekarang sebelum terlambat. Baca Panduan Lengkap Keyman Insurance 2026 di sini.
Syarikat Anda Dah Ready Untuk “Plan B”?
Jangan biarkan usaha bertahun-tahun hancur dalam sekelip mata. Dapatkan nasihat daripada Abang Insuran hari ini.
Consult Dengan Abang InsuranSolusi Kewangan Bisnes di
