Siapakah Pentadbir Harta Anda Bila Meninggal Dunia?

Sekiranya anda tak tahu siapa pentadbir anda, kemungkinan harta anda bakal dibekukan. Anda dah penat kerja siang dan malam kumpul harta dan kekayaan. Namun ada kemungkinan pasangan kita dan anak anak kita tidak dapat meraih hasilnya selepas meninggal dunia nanti. Mengapa jadi begitu? Mari kita sama sama tonton video dibawah:

Mengikut statistik terkini, terdapat 70 billion harta orang mati yang beku dan tidak di tuntut. Ia seolah olah tergantung tanpa tuan.  Ini menunjukkan bahawa ilmu pembahagian harta sangat lemah di kalangan rakyat Malaysia.

Di antara alasan biasa yang diberikan adalah proses yang lama membuat tuntutan harta pusaka sedangkan proses tersebut dapat dipermudahkan dengan adanya hibah dan wasiat. Tetapi berapa ramai di antara kita yang sedar akan kewujudannya serta kepentingannya.

KENAPA??? BAGAIMANA IA TERJADI?

Kerana semua proses utk mencairkan harta tersebut memerlukan sejumlah wang yg byk utk yuran proses & mcm-mcm lagi. Antaranya :-

1. Yuran Peguam

2. Kos Dokumen

3. Kos perjalanan

4. Kos sara hidup sebelum harta dituntut dll

Tu belum lagi ada ahli keluarga yg tiba2 tak bersetuju dgn tujuan utk dapatkan bahagian faraid lagi.

Niat untuk mengumpul kekayaan adalah sangat baik tetapi kita gagal dari sudut pengagihan harta. Cuba bayangkan jika waris  kita tidak ada tempat tinggal, tiada duit untuk menyara hidup malah tidak mampu meneruskan pendidikan anak anak. Jangan biarkan mereka dalam kesengsaraan sampai perlu meminta minta bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Sekarang cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai  wasiat. Mereka sebagai waris kita yang sah dapat merasai harta peninggalan kita. Bayangkan apa yang boleh mereka buaat dengan harta yang telah kita kumpul sepanjang hayat kita. Bak kata pepatah Inggeris ‘life goes on’. Maka buatlah persiapan yang sebaiknya sebagai tanda kita sayangkan mereka.

Buat Wasiat Anda 100% Secara Online

PERLUKAN BANTUAN?

Hubungi Kami