Trend Kos Perubatan dan Perlindungan di Malaysia

Repricing Takaful: Kenapa Harga Medical Card Naik & Bagaimana Cara Menanganinya?

Repricing Takaful: Kenapa Harga Medical Card Naik & Bagaimana Cara Menanganinya?

Harga Medical Card Naik? Jangan Terus ‘Surrender’, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Antara topik paling hangat (dan mencabar) yang Abang Insuran sering bincangkan dengan pelanggan ialah isu kenaikan caruman atau *repricing*. Ramai yang rasa terbeban, tetapi fahami bahawa kenaikan ini bukan sesuka hati; ia adalah realiti yang dihadapi oleh seluruh industri insurans dan Takaful di Malaysia.

Kenapa Repricing Berlaku?

1. Inflasi Perubatan Yang Melampau

Kos rawatan, ubat-ubatan, dan teknologi perubatan di hospital swasta meningkat antara 10% hingga 15% setiap tahun. Untuk memastikan syarikat Takaful mampu membayar bil hospital yang semakin mahal, penyelarasan caruman perlu dilakukan bagi menjamin kelangsungan tabung Takaful.

2. Kekerapan Tuntutan (Claim Experience)

Semakin ramai peserta yang menggunakan medical card untuk rawatan, semakin tinggi aliran keluar tunai daripada tabung tersebut. Penyelarasan harga dilakukan bagi memastikan dana tersebut sentiasa mencukupi untuk semua peserta di masa hadapan.

Solusi Bijak Dalam Pelan PruBSN Anugerah Max

PruBSN memahami bebanan pelanggan, sebab itulah pelan Anugerah Max direka dengan ciri yang sangat fleksibel menerusi konsep Life Engineering.

  • Laraskan Manfaat (Downgrade/Upgrade): Jika caruman baru di luar bajet, kita boleh melaraskan semula manfaat (seperti jenis bilik atau rider tambahan) supaya caruman kembali ke tahap yang mampu milik tanpa membatalkan perlindungan utama.
  • Pilihan Co-Takaful: Anda boleh memilih untuk berkongsi sebahagian kecil kos rawatan bagi mendapatkan caruman bulanan yang jauh lebih rendah.
  • No Claim Benefit (NCB) Sebagai ‘Subsidi’: Ganjaran NCB yang anda perolehi jika kekal sihat sedikit sebanyak membantu memberikan nilai tambah semula kepada polisi anda walaupun berlaku kenaikan harga.

Nasihat Jujur Abang Insuran:

Tindakan membatalkan (surrender) polisi kerana harga naik adalah langkah yang sangat berisiko. Jika anda jatuh sakit selepas membatalkan polisi, kos perubatan yang perlu anda tanggung sendiri adalah jauh lebih mahal daripada nilai kenaikan caruman tersebut.

Caruman Naik Tapi Nak Kekal Dilindungi?

Biar saya bantu anda audit semula polisi dan susun strategi kewangan supaya anda tetap Tenang dan Cover walaupun berlaku repricing.

Click. Tenang. Cover.

WhatsApp Abang Insuran: 013-3808048

Dapatkan lebih banyak pencerahan mengenai isu industri Takaful di abanginsuran.com.