Rungutan Repricing: Kenapa Abang Insuran Tak Galakkan Anda Batalkan Polisi?
Lately ni ramai yang mengadu caruman medical card naik. Sebagai Abang Insuran, saya faham perasaan anda. Tapi, sebelum anda buat keputusan drastik untuk ‘surrender’, jom kita tengok realiti sebenar.
Kenapa Syarikat Takaful Buat Repricing?
Kenaikan ini bukan untuk keuntungan semata-mata, tapi untuk menampung Inflasi Perubatan yang mencecah 15% setahun. Bil hospital yang dulu RM10,000, sekarang boleh jadi RM15,000 bagi prosedur yang sama. Tanpa repricing, tabung Takaful tidak akan cukup untuk bayar bil hospital peserta di masa depan.
3 Cara ‘Adjust’ Polisi Supaya Kekal Mampu Milik
Jangan terus batalkan perlindungan. Gunakan konsep Life Engineering dalam pelan Anugerah Max untuk kawal bajet anda:
- Laraskan Jenis Bilik: Jika anda ambil bilik mahal, anda boleh ‘downgrade’ ke bilik yang lebih murah untuk kurangkan caruman bulanan.
- Pilih Co-Takaful: Dengan memilih untuk berkongsi sedikit kos rawatan, anda boleh menikmati caruman yang jauh lebih rendah setiap bulan.
- Gunakan Manfaat NCB: Ingat, ganjaran No Claim Benefit yang anda kumpul sebenarnya memberikan nilai tambah kepada polisi anda walaupun harga naik.
Risiko Paling Besar:
Jika anda batalkan polisi sekarang dan cuba mohon yang baru di tempat lain, anda mungkin dikenakan harga lebih mahal sebab faktor umur, atau lebih malang, penyakit sedia ada anda mungkin dikecualikan.
Dapatkan Audit Polisi Percuma
Jangan mengeluh sorang-sorang. Mari kita duduk bincang macam mana nak ‘re-engineer’ pelan anda supaya poket tak bocor tapi perlindungan tetap mantap. Click. Tenang. Cover.
WhatsApp Abang Insuran: 013-3808048Baca kupasan lanjut mengenai inflasi perubatan di abanginsuran.com.
